Mesti anda pernah terdelete ataupon seseorang telah membuang fail dari komputer anda. Tak usah risau fail tersebut boleh didapatkan kembali.
Apa!! Bolehkan kita mendapatkan kembali Fail yang didelete dan dibuangkan dari recycle bin?
Antara petikan yang ada di Sembang Komputer
Apabila anda delete satu-satu fail, kemudian anda kosongkan Recycle Bin, adakah fail tersebut sudah hilang buat selama-lamanya? Tidak sama sekali. Malah, kalau anda format hard disk sekalipun, masih ada lagi jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali fail tersebut.
Sebenarnya, apabila anda delete fail tersebut, Windows hanya akan menyembunyikannya dari pandangan anda. Fail itu masih ada dalam hard disk, selagi fail baru belum masuk. Setelah anda memasukkan fail baru ke dalamnya, peluang untuk mendapatkan kembali fail yang lama tadi semakin susah.
Untuk mendapatkan kembali data-data yang telah hilang ni, anda memerlukan recovery software.PC INSPECTORmerupakan satu software percuma yang bagus bagi tujuan ini. Ia menawarkan tiga jenis recovery, iaitu:
1. Fail yang anda telah delete.
2. Fail yang hilang akibat format Hard Disk, PC hang, dan sebagainya.
3. Partition yang hilang secara tiba-tiba
Jika anda hanya ingin mendapatkan kembali fail yang anda baru sahaja delete (mungkin secara tidak sengaja), Restoration merupakan pilihan yang baik. Ia juga sangat pantas dan berkesan dalam mencari fail.
Apa pun, perlu diingat bahawa recovery adalah merupakan pilihan terakhir anda. Ini kerana, tidak semua proses recovery adalah mudah dan terjamin. Lebih baik anda sediakan backup pada dokumen-dokumen anda sebelum menyesal di kemudian hari ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Mendapatkan Kembali Fail Yang Didelete"
Post a Comment