C++ Heaven

↑ Grab this Headline Animator

Amaran kepada sang virus









Kepada sesiapa yang baca artikel ni sokong tak dengan KASPERSKY? So kepada virus-virus tuh. Pandai-pandai la korang menyorok. ^.^

KAPERSKY Lab, pembangun dan penyedia penyelesaian anti virus serta sistem keselamatan Internet terkemuka, baru-baru ini mengumumkan pengenalan dua perisian keselamatan versi 2009.

Sistem keselamatan generasi baru itu direka khusus bagi melindungi komputer daripada sebarang jenis serangan yang berpunca daripada virus mahupun Internet.

Menerusi perisian Kapersky Anti Virus (KAV) 2009 dan Kapersky Internet Security (KIS) 2009, prestasi kuasa mengimbas virus dikatakan lebih pantas dan komprehensif.

Selain itu, berteraskan penerapan teknologi Host-based Intrusion Prevention System (HIPS) sebagai aplikasi tambahan, kedua-dua perisian itu hadir dengan aplikasi penapisan bermodul yang bertindak sebagai firewall perisian tersebut.

Kehadiran sistem HIPS itu berupaya untuk membantu pengguna melindungi sistem keselamatan komputer daripada serangan dengan mudah.

Dalam erti kata lain, teknologi HIPS akan sentiasa memastikan sebarang aktiviti atau urusan transaksi yang dilakukan.

Ini bagi mengelakkan sebarang fail ataupun sistem komputer dicemari kerana teknologi HIPS bertindak menapis secara berperingkat dengan mengehadkan tahap akses sebarang fail yang diterima ataupun dimuat turun pada komputer.

Selain melindungi rangkaian infrastruktur, produk tersebut dipercayai mampu menjimatkan kos dan mempertingkatkan kelajuan sistem dalaman dan organisasi.

Seperti penyediaan sistem penyelesaian keselamatan lain, perisian KIS dan KAV melindungi komputer pengguna daripada segala ancaman rangkaian termasuk virus, perisian pengintipan (spyware), penggodam, virus trojan, perisian jenayah penipuan (phishing) dan spam.

Sistem tersebut juga dikatakan menawarkan pengurusan keselamatan yang fleksibel dan mudah digunakan.

Harga yang ditawarkan bagi KIS adalah RM99 untuk pengguna tunggal, manakala RM69 bagi KAV.

Selebihnya korang boleh baca kat web Kaspersky
Petikan dari Hospital Taiping

0 Response to "Amaran kepada sang virus"

Post a Comment