C++ Heaven

↑ Grab this Headline Animator

Raya Gaya Sllrrrp




Assalamualaikum semua, hari ni saya nak kenalkan sesuatu kepada anda semua.
Mula-mula saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat yang menganut agama islam.

Mamee sllrrrp telah mengadakan 1 event kepada semua rakyat malaysia.
Ini bertujuan untuk menambah wang pada hari raya anda. heh ^.^



Antara isi mail yang dihantar:

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelma, tibalah masanya untuk kita mula menghantar salam ucapan Hari Raya kepada rakan-rakan, ahli keluarga serta rakan setugas masing-masing. Pada zaman ini, kita tidak perlu lagi menulis ucapan Hari Raya ke atas beberapa keping kad dan hantar melalui pos yang mungkin akan tiba selepas Hari Raya.

Dengan adanya teknologi yang sudah berkembang, kita sudah mampu untuk menghantar e-kad bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Mamee telah menyediakan senarai e-kad pelbagai pilihan untuk anda hantarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga anda di bulan Ramadhan ini. Untuk melihat senarai e-kad tersebut, sila layari laman web www.rayagayamamee.com.my

Di samping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah rumah terbuka PERCUMA Mamee Sllrrrp di Hari Raya ini yang akan dihoskan oleh selebriti-selebriti Akademi Fantasia kegemaran anda seperti Mila, Hafiz, Aril dan juga pengacara-pengacara radio Era! Selain itu, Era juga akan memberikan hadiah wang tunai harian RM200 untuk dua orang yang menghantarkan e-kad terbanyak daripada laman web Raya Gaya Mamee! Ada lagi berita baik! Sekiranya anda merupakan seorang ahli Nuffnanger yang menulis mengenai kempen ini di dalam blog dan berjaya dipilih sebagai pemenang, anda bakal menerima hadiah wang tambahan RM300 yang akan dikredit masuk ke dalam akaun Nuffnang anda!!

Jadi, lekas dan hantar seberapa banyak e-kad Hari Raya anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut bagi memenangi wang tambahan RM300 ini, sila rujuk artikel blog Nuffnang.

Selamat Berpuasa,
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

so apalagi. join la...