Microsoft Malaysia akan menjalin usaha sama dengan 5,000 rakan kongsi di Malaysia untuk mrmperomosi penggunaan pekakasan teknologi Widow Server 2008 dan Microsoft Exchange Server 2010 untuk memperomosikan window 7.
Promosi itu membabitkan pengnalan mengenai faedah penggunaan ketiga-tiga perkakasan teknologi berkenaan kepada pengusaha dan pelanggan lain di seluruh Negara.
Pengarah Urusan Microsoft Malaysia , Yasmin Mohmood, berkata perkakasan terbabit yang dipanggil “The New Efficiency” dapat membantu golongan perniaga tidak kira besar atau pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mengurangkan kos pelindungan komunikasi serta membaiki keberkesanan operasi sekali gus mengembangkan perniagaan mereka.
“Dalam suasana ekonomi mencabar hari ini, penggunaan inovasi membabitkan teknologi maklumat boleh meningkatkan keberkesanan operasi dan penjimatan kos.
“Disinilah kelebihan ketiga-tiga perkakasan teknologi ini dibangunkan khusus untuk menjimatkan kos tetapi pada masa sama meningkatkan produksi perniagaan dan definisi sesuai untuk gabungan faedah ini ialah “The new efficiency,” katanya pada sidang media sempena pelancaran Pengnalan The New Efficiency kepada Perniagaan Malaysia di Kuala Lumpur, Semalam.
Menurutnya, penekanan mengenai keberkesanan dalam menjalankan perniagaan sangat penting . “Realitinya, kami ingin memperkenalkan komuniti perniagaan di Malaysia mengenai cara untuk mendapatkan ‘lebih’ denngan ‘penjimatan’ ,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Microsoft Asia Pasifik, Andrew Pickup, berkata berdasarkan ksi selidik , rata-rata pengusaha diseluruh Negara menginginkan perkakasan teknologi yang mampu memberi pulangan nilai kepada mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Microsoft bantu peniaga jimat kos"
Post a Comment